Selasa, 28 Oktober 2008

CINTA dalam ISLAM..

CINTA DI DALAM ISLAM Cinta di dalam Islam sebenarnya tiada hubungan romantic atau caring atas alasan jika benar pencinta yang memahami corak Islam lebih ke arah menulis peringatan-peringatan Allah di dalam konteks cara perhubungan walaupun mungkin tidak pernah berdating…malah orang yang bercinta dalam bentuk syariat Islam takut untuk berhubungan secara menulis…kerana was-was dengan keupayaan menahan bentuk luahan hati yang akan menimbulkan *zina hati*. Malah orang yang benar-benar beriman takut untuk berhubungan melalui telefon atau kaedah bercakap yang penuh lemah-lembut dalam bentuk hubungan lain seperti chatting kerana biasanya kekerapan hubungan percakapan lebih ke arah tidak tertapis dan bisa ~menggoda keimanan~ dengan rasa ^rindu^ dengan suara dan gurauan sehingga akhirnya membuat tautan rasa cinta ~asmaradana~ bermula kecuali bagi mereka yang benar-benar tiada masalah hati…itu pun boleh menjadi satu bentuk perhubungan awalan jika tidak disekat.

Semakin kerap berhubung akan menjadikan semakin rapat perhubungan dan akhirnya tanpa mengimbangkan ^kewarasan akal^ dan lebih mementingkan ^perasaan & nafsu^ akhirnya menjerumus kepada fahaman itulah ^cinta^ yang sebenarnya. Kerana atas dasar apa?? >>>rasa rindu yg amat sangatt<<< …sedangkan hakikat rindu yang sebenar hanyalah satu; rindukan Allah. Orang yang beriman dapat menangkis ketahanan rindu apabila asas cinta benar-benar berlandaskan –-> iman <—. Cinta berasaskan Islam ialah cintakan [kebaikan] [keimanan] dan [keutuhan pendirian] kerana ia adalah asas kepada tiang pengukuhan iman di hari depan. Malah cinta di dalam Islam lebih ke arah rasa hormat, malu dengan kewarakan responden kerana itulah cinta hakiki yang tidak boleh dijual beli. Malah malu untuk berkata-kata di sebalik kata-kata yang tidak sepatutnya. Malah, masalah samada sayang ke, samada tak sayang ke…tidak timbul…kerana asas cinta sebenar ialah keupayaan untuk sama-sama menggembleng meningkatkan iman andaikata terbina ikatan yang di akhiri ukhwah Islamiyah di dalam pemantapan jasmani & rohani. Itulah cinta yang sebenar di dalam Islam…bukan seperti sebahagian anak muda yang tidak memahami konteks percintaan hakiki yang yang mana terlalu mudah jatuh cinta dengan hanya sekali pandang, dan juga dengan hanya tautan kata-kata. Sememangnya tidak dinafikan kuasa cinta benar-benar dapat menguasai respondennya. Ada yang berubah sikap dengan rangsangan cinta…contoh ada yang semakin beriman, semakin baik dan semakin terdidik kerana nasihat & peringatan oleh orang yang di cintainya. Tetapi adakah rangsangan itu akan terus berkekalan andaikata :: cinta berpaling arah :: atau tidak menjadi. Inilah yang di bimbangi kerana rangsangn cinta murahan hanya satu <> yang tidak berkekalan atas asas tujuan untuk memikat hati.

Ada yang jadi baek…bercakap yang baek2 di depan orang yang di cintainya…almaklomle yang di cintai itu seorang yang beriman…tetapi bila bercakap dengan kawan-kawan yang laen mulalah membebel ntahapehape kerana asas malu tiada.

Sebab itu di dalam konteks perhubungan cinta sesama Islam…jika ingin memulakan ikatan cinta itu…berasaskan cinta yang penuh didikan “iman”… perhati muamalat responden agar tidak tersalah jatuh di dalam ^jerat percintaan^ yang tak patut…sebab ia lebih ke arah mengheret masalah baru…mungkin akan menjatuhkan ke lembah hina.

Bila seorang menyampaikan hasrat cintanya…perhatikan agamanya, kebaikannya dan segalanya sejak dia belum mengenali kita…maksud sifat asalnya dan muamalat asalnya…kerana jika kita mudah membenarkan hati di lalui…ia hanya akan membuka peluang kepada ke arah #ketidakfahaman# konsep cinta berasaskan Islam. Uji mereka dulu dengan corak akhlak dan pergaulan yakni jangan membenarkan diri kita dirapati akan perasaan mereka…agar menimbulkan keraguan dan was-was yang kita tidak menerima cinta mereka.

Ini tidak, anak gadis dan pemuda suka :: melayan & melayan :: dan akhirnya terbuai kata-kata asmara yang terbina sendiri dan menimbulkan kerosakan hati di dalam hati-hati mereka sendiri. Biarlah di katakan diri kita EGO…ego untuk kebaikan yakni menjaga diri untuk mengimbangi antara kewarasan akal dan iman yang akan menjadi benteng dan senjata melumpuhkan pihak lawan…benarkah begitu?? Sebab bagi perempuan mahupun lelaki yang beriman, mempunyai sifat-sifat yang [[[ konkrit ]]] di dalam pendirian mahupun akhlak…bukankah akhlak yang *cantik* terbina dari didikan hati nurani iman yang cantik …?
So, kata-kata bidalan “berkawan biar beribu bercinta biar satu” tidak begitu tepat di dalam konteks Islam dan patut ditambah +++; bercinta biarlah untuk teman di akhirat yang dihalalkan oleh Islam bersebabkan faktor-faktor semua ~panahan cinta~ di atas konsep berkawan adalah tidak tepat dan bercanggah di dalam konteks perhubungan di dalam Islam sebab kerana ia hanya boleh menjatuhkan ke arah perhubungan dalam suasana =fitnah=.
Akhir kalam, hanya Jauhari sahaja yang mengenal Manikamnya yakni hanya orang-orang yang beriman akan menghargai dan mengagungi keimanan orang yang patut dicintainya kerana hanya orang yang baik-baik sahaja yang inginkan sesuatu yang baik…di situ sudah menampakkan penilaiannya…di mana jodoh yang baik adalah untuk orang yang baik… dan begitulah sebaliknya. Kerana orang yang tidak baik tidak menyanggupi untuk hidup bersama dengan orang yang baik kecuali dalam dirinya itu adalah mempunyai zat yang baik juga. Berkata Imam Nawawi: “Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu..”

Tidak ada komentar: